What's new


Inilah Teratak Santai yang di gunakpakai oleh pihak inap desa sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sekaligus tempat ber istirehat dan beriadah .


Dan ini pula ruang dapur yang diselenggarakan oleh inap desa untuk para tetamu ang ingin menjamu selera.yang berkonsepkan kontemporari.Semua aktiviti dapur akan di buat disini demi memudahkan lagi hidangan menu untuk para tetamu.

TERATAK SANTAI

TERATAK SANTAI yang menyerupai sebuah mini dewan /restoran di lokasi yang sama telah berjaya di bina awal pertengahan tahun 2010 yang menelan kos belanja berjumlah RM18,000. Berfungsi sebagai tempat menjamu selera dan pelbagai aktiviti semasa menginap di lokasi inap desa.

 
Sebelum inap desa ini dilaksanakan, pihak kami telah pun membina sebuah rumah peribadi yang bercirikan rumah tradisi zaman silam hasil impian dan citarasa Arwah Bonda Hajjah Maimunah bt.Hj Saili (semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.Amin...) Di rumah inilah tempat berkumpul ahli keluarga untuk menjamu selera dan berjumpa. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan satu ruang legar yang sederhana besar, dijadikan sebagai mini dapur untuk sajian makanan dan minuman. Memandangkan rumah tradisi ini di lokasi yang sama, maka gabungan mudah dilakukan untuk menjadikannya satu rangkaian asset untuk inap desa yang sedia ada sekarang.


 
makan dan minum di hidangkan di meja ini..