home/halaman utama

Lembaga Pengurusan Sebako Country Resort Hajjah Maimunah Challet Kampung Sebako,Daro,Mukah mengucapkan selamat datang dan melayari laman blog. Di atas adalah merupakan Logo Pengurusan Sebako Country Resort.
Gambar di atas merupakan sebuah rumah tradisional yang dicampuradukkan dengan gaya moden dan kontemporari yang menjadikan sebuah aset utama di lokasi ini. Mempunyai ruang yang cukup selesa sebagai tempat penginapan dan menyediakan 3 unit katil bersertakan kelengkapan ruang dapur untuk para penginap. Lembaga Pengurusan Sebako Country Resort bersetuju menjadikan rumah tersebut sebagai rumah penginapan dengan sewaan RM120 semalam untuk semua ruang (guna pakai).

Kendalian ruang santai untuk aktiviti jamuan selera juga disediakan di lokasi ini.

Deretan binaan challet yang cukup rapi dan teratur, di mana ruang dalam challet tersebut dapat menempatkan 5-6 orang penginap dalam satu-satu masa. Mengenakan caj bayaran berjumlah RM75/perunit/semalam.
Gambaran rumah induk di lokasi ini, cukup mendamaikan dan tersingkap sejarah silam sebuah kenangan.