Management




OBJEKTIF /TUJUAN UTAMA DIFOKUSKAN KEPADA PENUBUHAN INAP DESA SEBAKO, DARO MUKAH ADALAH :

  1. Mengembangkan industri Pelancongan bagi kawasan Bahagian Daro, amnya Bahagian Mukah sebagai tempatan warisan kebudayaan Kaum Melanau yang terdapat di Negeri Sarawak. 
  2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk watan dipersekitaran untuk jangka masa berterusan agar tahap ekonomi sampingan dapat diselenggarakan.
  3. Menawarkan diri sebagai salah seorang usahawan bumiputra yang berjaya secara tidak langsung menyumbangkan ekonomi untuk masyarakat setempat di Kampung Sebako.
  4. Mencipta suatu pembaharuan di kawasan Pulau Bruit amnya di bahagian Daro, sebagai inap desa yang bercirikan sebuah perkampungan melanau Islam dan mengekalkan adat dan tradisi masyarakat setempat.
  5. Memberi kemudahan kepada semua peringkat pengunjung yang datang ke lokasi terutama kampung dari semua segi yang melibatkan penginapan, sajian makanan  dan lain-lain lagi.

VISI PROJEK INAP DESA SEBAKO

Menjadikan sebuah perusahaan Inap Desa (Homestay) Kampung Sebako sebagai salah satu pengerak ekonomi Kampung Sebako.


MISI PROJEK INAP DESA SEBAKO

Menjadikan Kampung Sebako maju dan dikenali di pelbagai peringkat dalam perusahaan pelancongan Inap Desa (Homestay) menjelang Tahun 2015.