Rumah utama di Sebako Country Mini Resort Kpg Sebako,
Daro Mukah.
Sunday, February 17, 2013
Sunday, July 3, 2011
Tuesday, August 24, 2010
Inap Desa Sebako
Inap Desa Sebako bertempat di Kampung Sebako, Daro Mukah adalah merupakan satu-satunya Projek Inap Desa yang sedang beroperasi aktif di kawasan persisir di Pulau Beruit .Hanya lebih kurang 1 jam menggunakan bot laju dari pekan Daro, manakala sekitar 2 jam 10 minit dari Bandar Sarikei. Walaubagaimanapun, lokasi ini juga dapat dihubungi melalui jalan darat dengan melalui jalan-jalan ladang Kelapa Sawit.
Inap Desa Sebako berlatar belakangkan perkampungan Melanau yang kebanyakannya menjadi nelayan dan petani, bakal memikat setiap pengunjung yang datang kerana terdapatnya landskap kawasan sawah bendang dan projek penanaman keladi pinang yang menghijau, merupakan panorama pemandangan yang cukup mendamaikan.
Inap Desa Sebako menawarkan pelbagai daya tarikan yang luar biasa dimana, para pengunjug tidak akan merasa asing dengan keramahan penduduk. Senario ini memang dekat dihati, yang pernah merasai pengalaman yang sinonim dalam hidup mereka. Walaubagaimanapun ianya tidak terkecuali kepada mereka yang belum lagi merasai suasana desa yang selama ini sering menjadi bualan umum.
Inap Desa Sebako, sehingga setakat ini mempunyai 4 buah chalet yang berasingan yang mana setiap sebuah di lengkapi dengan kemudahan santai pribadi dan bilik air/tandas sebagai pelengkap ruang chalet. Setiap sebuah chalet yang ada, mampu memuatkan sekurang-kurangnya 6 orang pada satu-satu masa. Sewaan untuk sebuah chalet yang sedia ada sekarang adalah RM75.00 semalam tidak termasuk sediaan makanan dan minuman. Sediaan makan minum para penginap yang ingin menikmati sajian ala-ala kampung, pihak inap desa kan mengenakan caj sebanyak rm25.00/perhead untuk 3kali sajian (sarapan pagi,makan tengahhari dan makan malam)
Inap Desa Sebako akan menyediakkan seleksi makanan yang lebih berteraskan makanan penduduk setempat. Begitu terserlah sekali keunikan sajian makanan nya setaraf konsep inap desa yang sedia ada.
Inap Desa Sebako mempunyai TERATAK SANTAI, yang merupakan sebahagian daripada aset di lokasi ini yang juga menyerupai dewan mini atau restoran yang digunakan oleh pihak Inap desa sebagai ruang untuk pelbagai aktiviti termasuk persembahan kebudayaan, sajian jamuan dan lain-lain lagi.
Yang paling nyata, di Inap Desa Sebako segalanya tenang dan tidak perlu terburu-buru mengejar masa, gaya santai kehidupan tradisonal penduduk desa setempat cukup memberi ketenangan dan amat sesuai sekali kepada mereka yang ingin merancang percutian bersama keluarga dan kumpulan.
Inap Desa Sebako, juga sering dikunjungi oleh para pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas rasmi mereka, sebagai tempat menginap semalam dua. Selain daripada itu, tempat ini juga secara tidak langsung digunakan sebagai pusat untuk menjalankan pentadbiran, semasa menjalankan tugasan mereka.
Inap Desa Sebako, sememangnya tidak perlu menyediakan lagi ruang untuk para penginap yang beragama islam menunaikan solat lima waktu, kerana bersebelahan dengan lokasi inap desa ini terbinanya sebuah masjid khas untuk pelbagai aktivi keagamaan untuk penduduk di sana.
Lokasi Inap Desa ini bertepatan dengan kewujudan sebuah perkampungan yang mempunyai pesisir pantai yang cukup indah dan memukau pandangan. Berhadapan dengan laut China Selatan. Kilauan pasir yang memutih umpama jaluran mutiara berkilau-kilauan dan di kala senja terbenamnya sang suria, cukup menjadikan ianya satu fonomena yang cukup menakjubkan.
Inap Desa Sebako mengalu-alukan kedatangan para pencinta alam yang ingin merasai suasana desa yang masih wujud di kepulauan Beruit. Daro, Mukah. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Pengurus Inap Desa, Puan Salbiah binti Haji Dahari dan Encik Ahmad bin Haji Dahari di talian 019-827 8005 / 019-467 1063. Kedatangan dan kehadiran anda semua adalah menjadi kebangaan kami.
Inap Desa Sebako mengalu-alukan kedatangan para pencinta alam yang ingin merasai suasana desa yang masih wujud di kepulauan Beruit. Daro, Mukah. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Pengurus Inap Desa, Puan Salbiah binti Haji Dahari dan Encik Ahmad bin Haji Dahari di talian 019-827 8005 / 019-467 1063. Kedatangan dan kehadiran anda semua adalah menjadi kebangaan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)